Sumbangan Terbesar

Dikatakan 2 pekerjaan yang paling mulia ialah guru dan doktor. Mengapa? Because they deal with humans directly. Seorang guru akan melayan karenah anak muridnya 5 hari dalam seminggu, ada juga yang setiap hari mengajar tanpa cuti. Seorang doktor, akan berjumpa dengan pesakit setiap hari dalam seminggu.  Melainkan kalau buka klinik sendiri, boleh pilih bila nak kerja ikut suka hati. =)

Bangun pagi>sarapan>bersiap untuk ke kerja>berjumpa dengan pesakit>balik rumah>makan malam>tidur. Begitulah gambaran kehidupan seorang doktor secara ringkas. Kalau cikgu, akan bertemu dengan pelajarnya. Kalau karier lain, mungkin tak ada kesempatan langsung berjumpa dengan manusia, maybe they just deal with machines. Hmm, lagi parah.

Tapi adakah ‘deal’ dengan manusia sebagai doktor dan guru itu sudah cukup? Adakah mengubati pesakit dan mengajar sedikit ilmu itu sumbangan terbesar? Bagaimana mereka yang dari profession lain nak menyumbang? Adakah ‘kami’ tidak boleh menyumbang?

Kita hari ini ramai yang lalai dan tidak tahu tujuan hidup. What’s the reason behind the creation of us, humans? Tak kan setakat berjaya dalam karier memasing, bina keluarga and live happily ever after? Tak kan terlalu simple macam tu…

Menjawab persoalan ini, Allah gariskan dalam Quran 2 tanggungjaab asasi kita.

  1. Hamba (51:56)
  2. Khalifah (2:30)

Briefly…

Sebagai hamba, kita kena kenal ALLAH dan tahu cara mengabdikan diri padaNya melalui sunnah RasulNya Muhammad s.a.w. Tidak ada cara lain melainkan untuk mengimani kerasulan Baginda s.a.w. dan mencari serta belajar sunnah yang ditinggalkan Baginda s.a.w.

Kerja khalifah pula bukan sekadar memakmurkan muka bumi ini, tapi lebih daripada itu, iaitu memakmurkan hati-hati manusia. Kita bertanggungjawab untuk memperkenalkan ALLAH kepada sekalian manusia. Memaklumkan mereka tentang adanya syurga dan neraka, adanya malaikat dan syaitan dan adanya Hari Pembalasan. Seterusnya juga mengajar manusia tentang sunah yang Baginda s.a.w. telah wariskan.

Inilah matlamat penciptaan manusia…matlamat penciptaan kita. Maka, adakah sesuatu sumbangan yang lagi besar dari menyedarkan manusia akan mengapa mereka dijadikan?

Jadilah apa yang kita minat; doktor, guru, petroleum engineer.. Tapi ingatlah tanggugjawab ini. Berilah sumbangan kepada orang lain. Berilah Sumbangan yang Terbesar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: