Archive for tarbiyah

يومك في رمضان

Notes taken out from Dr Raghib Sarjani talk on “يومك في رمضان”

Advertisements

Leave a comment »

Peka dan Sensitif

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

And if (at any time) an incitement to discord is made to thee by the Evil One, seek refuge in Allah. He is the One Who hears and knows all things. (41:36)

Perintah ALLAH untuk kita berta’awudz (a’uzubiLlahi min as-syaitan) bila kita dihasut oleh syaitan. Tapi persoalannya, bagaimana kita tahu yang syaitan sedang menghasut? Kalau tak tahu syaitan sedang menghasut bila masa kita nak kena berta’awudz?

Ini menuntut kita untuk peka dan sensitif. Peka dan sensitif bukan sesuatu yang kita dapat begitu sahaja. Ia perlu kepada tarbiyyah, samada secara jama’ie mahupun secara fardi.

Sesama kita usaha untuk wujudkan suasana yang akan memupuk sifat ini, terutamanya dalam keluarga kita sendiri. Semoga anak-anak kita nanti akan lebih peka dan sensitif dari kita. Dalam masa yang sama kita usahakan suasana ini dalam lingkungan kawan-kawan dan seterusnya masyarakat.

Ya ALLAH jadikan aku daripada kalangan hambaMu yang ikhlas. Jadikan aku daripada kalangan hambaMu yang memiliki hati dan jiwa yang peka lagi sensitif. Ameen…

Leave a comment »

Ujian Setara Kemampuan

Lumrah kehidupan akan ketemu dengan ujian..itu hakikatnya. Tanpa ujian bukan kehidupan namanya.

Ujian itu pula de’design’ supaya kita dapat hadapinya. There’s no ujian which we won’t be able to confront. 2:286 “ALLAH tidak taklifkan seseorang melainkan dia mampu.”

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَ


Ujian itu saringan untuk pilih siapa yang terbaik. Umat terdahulu disaring dengan penyeksaan oleh kafir Quraisy, kisah isra’ mi’raj dan lain-lain. Mereka yang tabah menghadapinya dan tetap dengan keimanan mereka dipilih oleh ALLAH untuk memikul risalah ini.

Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku أستغفر الله العظيم.Ya ALLAH make me always mindful of you. Ya ALLAH pilihlah aku. Susunlah aku dalam saf tenteraMu yang berjuang untuk tegakkan risalahMu.

Leave a comment »

Kecuali…

Manusia itu diciptakan dengan serba kekurangan dan kelemahan. Apabila senang lupa, apabila susah baru nak teringat. Kuat mengeluh. Terburu-buru. Tunduk pada hawa nafsu. Dan lain-lain.

Kecuali mereka yang menyahut seruan Tuhan mereka. Mereka yang berazam menyelusuri jejak Rasul mereka. Mereka yang berusaha untuk tingkatkan diri mereka. Mereka yang berusaha untuk dekatkan diri kepada Tuhan mereka. Mereka yang ikhlas dengan amalan mereka, semata-mata mengapai redha Tuhan mereka. Mereka yang bersyukur dengan ni’mat daripada Tuhan mereka.

Maka manusia yang terkecuali dari sifat-sifat kerendahan itulah yang akan memikul Risalah ini. Merekalah yang akan istiqamah dalam usaha ini. Merekalah yang akan membuktikan Islam adalah rahmat untuk sekalian alam…dengan izin Tuhan mereka.

Ya ALLAH jadikan aku daripada golongan yang sedikit…Ameen

Leave a comment »

Jemputan Walimah 8/8/2009

Kad 1Kad 2

Comments (5) »

JALINAN

JALINAN2009_POSTER(b)

Leave a comment »

Tarbiyatul Awlad by Abdullah Nasih ‘Ulwan

Alhamdulillah dah habis Tarbiyatul Awlad jilid 1. Moga ALLAH merahmati penulis buku tersebut.

Sepanjang usaha nak menghabiskan buku tu, banyak refleksi, pengajaran, enlightment yang dapat. Among them which I can quote quickly are;

  • Begitu besar tanggungjawab para pendidik; ibu bapa mahupun guru. Adapun ibu bapa, mereka perlu bersedia dengan ilmu tarbiyah seperti yang digariskan oleh Islam long before they getting married. Tak boleh bila dah berkahwin baru nak bersedia. Tarbiyah anak itu bermula sejak pemilihan isteri lagi. Pilihlah isteri yang diyakini dapat terbiyah anak-anak generasi akan datang. Jangan pilih mereka yang cantik, berharta dan baik keturunan tapi buruk akhlaqnya/agamanya, nescaya kau tak akan aman.
  • Betapa adab-adab yang ‘kecil’ itu membentuk peribadi-peribadi yang ‘besar’. Apabila anak-anak telah terbiasa dengan adab mendoakan orang yang bersin, terbiasa dengan adab meminta izin, terbiasa dengan adab memberi salam dan sebagainya, maka nilai-nilai lain akan mudah ditanam dalam diri mereka. Nilai-nilai seperti prihatin, kasih sayang, peramah, berani, tegas dan lain-lain akan menghiasi perbiadi anak-anak. Begitulah para sahabat r.a. ditarbiyah oleh Nabi s.a.w.
  • Kenapa tarbiyah anak-anak ini penting? Kerana kita nak lahirkan anak-anak yg berperibadi ‘besar’; teguh imannya, betul ibadahnya, mantap akhlaqnya, kuat tubuh badannya, luas pengetahuannya, tersusun gerak kerjanya, pandai menjaga waktu, pandai berdikari, mampu melawan nafsu dan bermanfaat kepada orang lain. Apakah mungkin anak-anak akan mempunyai peribadi ‘besar’ by themselves? NO! They need someone to help them. They need us. Ingatlah bahawa kita perlukan peribadi-peribadi ‘besar’ ini untuk tegakkan kembali syariat ALLAH di atas muka bumi ini. Ketahuilah!! Hali ini bukan perkara kecil yang patut diremeh temehkan.

Aku berdoa supaya ALLAH bagi aku kekuatan untuk faham apa yang dipelajari seterusnya meng’amalkannya kemudian istiqamah dengannya. Allahumma ameen…

Comments (4) »