Archive for tazkirah

يومك في رمضان

Notes taken out from Dr Raghib Sarjani talk on “يومك في رمضان”

Advertisements

Leave a comment »

Tadabbur ‘Alam (assignment usrah : surah الغاشية)

Aku ta’jub dengan ‘alam ciptaanNYA ini. Bagaimana bumi yang berputar dalam keadaan tilted sedikit ini menyebabkan terjadinya 4 musim. Lain tempat lain tahap kepanasan atau kesejukannya. Waktu terbit dan terbenam matahari (waktu solat) berbeza walaupun berada pada jalur longitude yang sama.

Iklimnya pelbagai. Hasil tanaman; buah-buahan, sayur-sayuran ikut iklim yang pelbagai tadi. Binatang pun ikut iklim tadi.

Laut yang terbentang luas.  Kedalamannya dan rahsia yang ia kandung masih belum habis diterokai  kita.

Cuaca yang tiada siapa punya kuasa ke atasnya melainkan DIA.

Semua ini berlaku atas bumi yang kerdil ini. CiptaanNYA di atas sana lebih gah lagi, ada yang teknologi tak mampu untuk jangkau dan kita tak mampu untuk comprehend.


Dan aku tentu lebih kerdil daripada itu.  الله أكبر ولله الحمد

اللهمّ إنّا نسئلك إيمانا كاملا, وقلبا خاشعا, وعلما نافعا, ونسئلك تمام الغنى عن الناس وهب لنا حقيقة الإيمان بك حتى لا نخاف ولا نرجو غيرك و لانعبد شيءًا سواك

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ {17}

وَإِلَى السَّمَاء كَيْفَ رُفِعَتْ {18}

وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ {19}

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ {20}

Leave a comment »

Berlapang Dada – سلامة الصدر

نتعاون فيما اتفقنا عليه، ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه رشيد رضا

“Kita saling tolong menolong dalam apa yang kita sepakati, dan beri uzur (excuse) sesama kita dalam apa yang kita tidak sependapat” – Rashid Ridha

Leave a comment »

Peka dan Sensitif

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

And if (at any time) an incitement to discord is made to thee by the Evil One, seek refuge in Allah. He is the One Who hears and knows all things. (41:36)

Perintah ALLAH untuk kita berta’awudz (a’uzubiLlahi min as-syaitan) bila kita dihasut oleh syaitan. Tapi persoalannya, bagaimana kita tahu yang syaitan sedang menghasut? Kalau tak tahu syaitan sedang menghasut bila masa kita nak kena berta’awudz?

Ini menuntut kita untuk peka dan sensitif. Peka dan sensitif bukan sesuatu yang kita dapat begitu sahaja. Ia perlu kepada tarbiyyah, samada secara jama’ie mahupun secara fardi.

Sesama kita usaha untuk wujudkan suasana yang akan memupuk sifat ini, terutamanya dalam keluarga kita sendiri. Semoga anak-anak kita nanti akan lebih peka dan sensitif dari kita. Dalam masa yang sama kita usahakan suasana ini dalam lingkungan kawan-kawan dan seterusnya masyarakat.

Ya ALLAH jadikan aku daripada kalangan hambaMu yang ikhlas. Jadikan aku daripada kalangan hambaMu yang memiliki hati dan jiwa yang peka lagi sensitif. Ameen…

Leave a comment »

Ujian Setara Kemampuan

Lumrah kehidupan akan ketemu dengan ujian..itu hakikatnya. Tanpa ujian bukan kehidupan namanya.

Ujian itu pula de’design’ supaya kita dapat hadapinya. There’s no ujian which we won’t be able to confront. 2:286 “ALLAH tidak taklifkan seseorang melainkan dia mampu.”

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَ


Ujian itu saringan untuk pilih siapa yang terbaik. Umat terdahulu disaring dengan penyeksaan oleh kafir Quraisy, kisah isra’ mi’raj dan lain-lain. Mereka yang tabah menghadapinya dan tetap dengan keimanan mereka dipilih oleh ALLAH untuk memikul risalah ini.

Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku أستغفر الله العظيم.Ya ALLAH make me always mindful of you. Ya ALLAH pilihlah aku. Susunlah aku dalam saf tenteraMu yang berjuang untuk tegakkan risalahMu.

Leave a comment »

Kecuali…

Manusia itu diciptakan dengan serba kekurangan dan kelemahan. Apabila senang lupa, apabila susah baru nak teringat. Kuat mengeluh. Terburu-buru. Tunduk pada hawa nafsu. Dan lain-lain.

Kecuali mereka yang menyahut seruan Tuhan mereka. Mereka yang berazam menyelusuri jejak Rasul mereka. Mereka yang berusaha untuk tingkatkan diri mereka. Mereka yang berusaha untuk dekatkan diri kepada Tuhan mereka. Mereka yang ikhlas dengan amalan mereka, semata-mata mengapai redha Tuhan mereka. Mereka yang bersyukur dengan ni’mat daripada Tuhan mereka.

Maka manusia yang terkecuali dari sifat-sifat kerendahan itulah yang akan memikul Risalah ini. Merekalah yang akan istiqamah dalam usaha ini. Merekalah yang akan membuktikan Islam adalah rahmat untuk sekalian alam…dengan izin Tuhan mereka.

Ya ALLAH jadikan aku daripada golongan yang sedikit…Ameen

Leave a comment »