“Bila Cinta Bersemi”

Assalamualaikum warahmatullah semua,
Kuliah online kedua, berikut details;
Tajuk: Bila Cinta Bersemi
Tutorial menyertai kuliah online penggunakan Paltalk:
1) Pilihan satu: muat turan dan install PaltalkScene. Pilihan dua: Jika anda tidak mahu muat turun dan install, anda boleh mencuba alternatif lain dengan melayari laman web ini.
2) Kemudian, create username dan login.
3) Setelah login, pergi ke tab “Actions” dan pilih “Join A Chat Room”
4) Tetingkap baru akan terbuka, tapi “Kuliah Net” di ruangan “Search Chat Rooms”. Tekan enter.
5) Apabila keluar “Kuliah Net” tekan double click untuk join.
6) Sit back relax and enjoy.
*Sebarang soalan sila kemukakan ke secretariat.misg(at)gmail.com
Tarbiyatul Awlad by Abdullah Nasih ‘Ulwan
Alhamdulillah dah habis Tarbiyatul Awlad jilid 1. Moga ALLAH merahmati penulis buku tersebut.
Sepanjang usaha nak menghabiskan buku tu, banyak refleksi, pengajaran, enlightment yang dapat. Among them which I can quote quickly are;
- Begitu besar tanggungjawab para pendidik; ibu bapa mahupun guru. Adapun ibu bapa, mereka perlu bersedia dengan ilmu tarbiyah seperti yang digariskan oleh Islam long before they getting married. Tak boleh bila dah berkahwin baru nak bersedia. Tarbiyah anak itu bermula sejak pemilihan isteri lagi. Pilihlah isteri yang diyakini dapat terbiyah anak-anak generasi akan datang. Jangan pilih mereka yang cantik, berharta dan baik keturunan tapi buruk akhlaqnya/agamanya, nescaya kau tak akan aman.
- Betapa adab-adab yang ‘kecil’ itu membentuk peribadi-peribadi yang ‘besar’. Apabila anak-anak telah terbiasa dengan adab mendoakan orang yang bersin, terbiasa dengan adab meminta izin, terbiasa dengan adab memberi salam dan sebagainya, maka nilai-nilai lain akan mudah ditanam dalam diri mereka. Nilai-nilai seperti prihatin, kasih sayang, peramah, berani, tegas dan lain-lain akan menghiasi perbiadi anak-anak. Begitulah para sahabat r.a. ditarbiyah oleh Nabi s.a.w.
- Kenapa tarbiyah anak-anak ini penting? Kerana kita nak lahirkan anak-anak yg berperibadi ‘besar’; teguh imannya, betul ibadahnya, mantap akhlaqnya, kuat tubuh badannya, luas pengetahuannya, tersusun gerak kerjanya, pandai menjaga waktu, pandai berdikari, mampu melawan nafsu dan bermanfaat kepada orang lain. Apakah mungkin anak-anak akan mempunyai peribadi ‘besar’ by themselves? NO! They need someone to help them. They need us. Ingatlah bahawa kita perlukan peribadi-peribadi ‘besar’ ini untuk tegakkan kembali syariat ALLAH di atas muka bumi ini. Ketahuilah!! Hali ini bukan perkara kecil yang patut diremeh temehkan.
Aku berdoa supaya ALLAH bagi aku kekuatan untuk faham apa yang dipelajari seterusnya meng’amalkannya kemudian istiqamah dengannya. Allahumma ameen…
“Kita Memimpin Malaysia”
Assalamualaikum warahmatullah semua,
MISG akan mengadakan Kuliah Online pada hari Sabtu, Mac 28, 2009. Insyallah kuliah yang bertajuk “Kita memimpin Malaysia” ini akan disampaikan oleh Ustaz Fauzi Asmuni. Kuliah ini adalah antara siri-siri kuliah yang menarik yang akan dianjurkan sepanjang tahun ini. InsyaALLAH. Ia akan disampaikan oleh tokoh-tokoh dari Malaysia bahkan mungkin juga dari negara lain. Kuliah ini bertujuan untuk meningkatkan justeru menyebarkan kefahaman Islami yang syumul di kalangan masyarakat pelajar Malaysia di luar negara khususnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya. Ia adalah satu majlis yang tidak patut disia-siakan, maka mark your calender!!! Look forward to see your nickname dalam kuliah online ni nant.
Tutorial menyertai kuliah online penggunakan Paltalk:
1) Pilihan satu: muat turan dan install PaltalkScene. Pilihan dua: Jika anda tidak mahu muat turun dan install, anda boleh mencuba alternatif lain dengan melayari laman web ini.
2) Kemudian, create username dan login.
3) Setelah login, pergi ke tab “Actions” dan pilih “Join A Chat Room”
4) Tetingkap baru akan terbuka, tapi “Kuliah Net” di ruangan “Search Chat Rooms”. Tekan enter.
5) Apabila keluar “Kuliah Net” tekan double click untuk join.
6) Sit back relax and enjoy.
Tarbiyatul Awlad
Sedang berusaha untuk menghabiskan buku karangan Abdullah Nasih Ulwan ini. Buku yang praktikal dan mesti dibaca oleh semua yang concern tentang pembentukan generasi Islam yang gemilang. Tak perlu tunggu dekat nak kahwin baru nak baca, takut tak sempat nak habiskan dan itu satu kerugian buat diri dan ummat.
Tanggungjawab
Membaca buku ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca tentang tanggungjawabnya kepada ummat. Tanggungjawab itu bermula dari diri sendiri, kemudian kepada keluarga yang disayangi. Rasa bertanggungjawab ini perlu disemat dalam diri dan perlu diawasi supaya tidak hilang di tengah kesibukan duniawi. Dengan perasaan ini berkobar dalam diri, insyaALLAH setiap tindakan dan kata-kata akan selari dan terpandu untuk memenuhi amanah yang besar ini.
Istiqamah
Tapi bagaimana nak istiqamah dengan amal ini? Pasanglah niat yg murni. Niat nak capai redha Ilahi. Niat untuk tengok generasi ini gemilang kembali. Niat untuk berjumpa kembali di syurga Firdausi. Semoga dengan niat yang betul ini, ALLAH beri kekuatan untuk istiqamah sehingga kita meninggalkan dunia yang fana ini.
Awaslah dengan niat yang salah!! Khuatir ALLAH lemahkan semangat dan bebankan diri. Tengok-tengok dah tak bersama dalam kafilah da’wah ini. Na’uzubiLlah.
Wallahu a’lam…Doakan supaya mudah urusan =)





