Archive for Uncategorized

Moving…

Comments (1) »

…كي نفهم القران

لا بدّ لنا أن ندرس اللغة العربية. لماذا؟

لأن العربية هي لغة القرآن الكريم.

والقرآن هو كلام اللّه.

وهو أفضل ذكر اللّه.

وهو مراجعنا ودستورنا.

وهوما نقرأ في الصلاة.

فكيف نقرّب إلي اللّه إذا لم نفهم كلامه؟

وكيف نخشع في الصلاة إذا لم نفهم القرآن؟

كيف؟

Comments (3) »

Ujian Setara Kemampuan

Lumrah kehidupan akan ketemu dengan ujian..itu hakikatnya. Tanpa ujian bukan kehidupan namanya.

Ujian itu pula de’design’ supaya kita dapat hadapinya. There’s no ujian which we won’t be able to confront. 2:286 “ALLAH tidak taklifkan seseorang melainkan dia mampu.”

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَ


Ujian itu saringan untuk pilih siapa yang terbaik. Umat terdahulu disaring dengan penyeksaan oleh kafir Quraisy, kisah isra’ mi’raj dan lain-lain. Mereka yang tabah menghadapinya dan tetap dengan keimanan mereka dipilih oleh ALLAH untuk memikul risalah ini.

Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku أستغفر الله العظيم.Ya ALLAH make me always mindful of you. Ya ALLAH pilihlah aku. Susunlah aku dalam saf tenteraMu yang berjuang untuk tegakkan risalahMu.

Leave a comment »

Mari Mengenal Diri

2/28/2010, 7.00am CST – Daurah 2 jam yang disampaikan oleh Ust Salman al-Farisi Selamat, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir.

Antara isi daurah;

  1. Asal-usul kejadian manusia – Hina maka tak sepatutnya angkuh.
  2. Hakikat kehidupan – Seperti pengembara, menanam ‘amal di dunia ini untuk dituai di akhirat sana.
  3. Matlamat hidup seorang Muslim – Menjadi khalifah dan beribadah kepada ALLAH taala dalam segenap hidup. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan mengajak manusia di sekeliling bersama. Kata ibnu Taimiyah “Ibadah adalah perbuatan dan perkataan yang dicintai dan diredhai oleh ALLAH”. Kata Abdul Qadir Kailani “Dan ALLAH jadikan mereka cendekiawan, penda’wah kepada kebaikan, pemberi ingatan dan pembawa hujah kepada manusia. Mereka mendapat hidayah dan menjadi sebab hidayah kepada orang lain. Maka inilah matlamat teragung yang ada pada anak Adam, tidak ada martabat tertinggi mengatasinya melainkan martabat kenabian.”
  4. Potensi manusia – ALLAH ciptakan manusia dengan kemampuan dan kekuatan untuk memenuhi matlamat hidupnya.
  5. Pilihan kita – Kita pilih untuk hidup tinggi membawa risalah atau hidup rendah dengan hawa nafsu.

Kemuliaan, kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat tidak akan diperolehi dengan senang. Perlu ilmu, keihklasan, mujahadah melawan nafsu, bersama dengan orang-orang soleh…

Yahya bin Abi Kathir berkata “Ilmu tidak akan dicapai dengan kerehatan badan”. Kata al-Hassan “Jika ada orang berlumba denganmu dalam urusan agama, lawanlah dia. Sesiapa yang berlumba denganmu dalam urusan dunia, campakkanlah dunia kepadanya”

Allahu a’lam..moga istiqamah dengan usaha menegakkan kembali risalah di atas muka bumi ini.

Leave a comment »

Gaza Lives On…

Leave a comment »

10 Days of Dzulhijjah..revisit

Fadhilaat 10 awal Zulhijjah. Please click.

Leave a comment »

Ibadah Terbesar

Pernah anda terfikir apakah ibadah yang terbesar yang kita pernah lakukan? Adakah solat ibadah yang terbesar? Atau adakah puasa ibadah yang terbesar? Bagaimana pula haji?

Di sini saya ingin berkongsi satu gambaran tentang ibadah yang digariskan oleh Abul ‘Ala Maududi di dalam kitabnya yang masyhur, Asas- Asas Islam (bukan Dasar- Dasar Islam). Di dalamnya dia membincangkan tentang ibadah khas dan ibadah besar. Ibadah-ibadah khas adalah apa yang telah ALLAH fardhukan ke atas kita semua; solat, puasa, zakat, pergi haji dan lain-lain. Manakala ibadah besar itu adalah merasa diri senantiasa berada di dalam pemerhatian ALLAH ta’ala. Dalam erti kata lain, senantiasa bertaqwa kepadaNya di mana jua kita berada.

Di dalam buku tersebut, penulis menghurai panjang bagaimana solat itu menanam asas-asas Islami dalam diri kita. Bagaimana puasa melatih sifat muraqabah, mujahadah dan lain-lain perasaan yang kuat dalam diri kita. Bagaimana membayar zakat itu pula mendidik jiwa berkorban, suka berbakti kepada yang lain serta merasa cukup dengan apa yang ada. Dan pada masa yang sama membuang sifat ke’aku’an, cinta diri, materialistik dan yang seangkatan dengannya. Akhir sekali dan yang paling utama, ibadah haji yang mengandungi seribu satu kelebihan dan keutamaan. ALLAHu Akbar!!! (Sila baca buku Asas- Asas Islam bab Ibadah untuk maklumat terperinci)

Kesimpulan yang dibuat oleh penulis pada awal bab Ibadah ini ialah, semua ibadah-ibadah khas yang difardhukan ke atas kita ini adalah bermatlamat menyediakan kita untuk senantiasa merasai kehadiran ALLAH ta’ala dalam setiap apa yang kita lakukan. Jadi, sesama kita hayati ibadah-ibadah yang kita amalkan setiap hari sejak bertahun lamanya. Adakah ia mendekatkan diri ini kepada Penciptanya? Adakah ia menjadikan kita seorang ‘hamba’?

MARI kita perelokkan ibadah-ibadah khusus ini demi melaksanakan ibadah yang labih besar; senantiasa bertaqwa kepada ALLAH ta’ala walau di mana jua kita berada.

Sabda Nabi s.a.w. di dalam hadith ke-18 dalam Hadith 40 syarahan Imam Nawawi yang bermaksud;

hadith-18

Dari Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Muaz bin Jabal r.a., dari Rasulallah s.a.w., baginda bersabda “Bertaqwalah kepada ALLAH di mana jua kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan nescaya akan menghapuskan kejahatan itu dan bergaulah dengan manusia dengan akhlaq yang baik”.

Leave a comment »

 save-ghazzah

Hampir 1500 saudara kita syahid meninggal dunia, one third (satu pertiga) wanita dan kanak-kanak. Lebih 5000 cedera. Total destruction; rumah, hospital, sekolah..semua hancur.

Adakah semangat, generosity  dan concern kita seiring dengan bomb dan peluru Israel laknatuLlah? Adakah setelah Israel slow down dengan serangan, kita pun slow down dengan concern dan mujahadah kita? Adakah kita pemurah hanya bila peluru dan bomb mereka meletup? Adakah kita rasa ukhuwwah dengan Ghazzah hanya bila ia dizalimi? Adakah kita boikot dan refrain ourselves from makanan kegemaran; McD, KFC etc, hanya bila ramai orang berbicara tentang kezaliman Israel?

Jangan begitu!!.

“Siapa yang tidur dan tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain, maka bukanlah dia dari kalangan mereka” maksud hadith Nabi s.a.w.

Kita teruskan solidariti kita bersama saudara kita di Ghazzah sana. Teruskan ambil tahu. Teruskan menyumbang sedikit daripada kekayaan kita untuk anak-anak yatim dan janda yang hilang tempat pergantungan di sana. Teruskan boikot Israel. Teruskan mujahadah kita untuk kembalikan Islam pada tempat yang selayaknya, bermula dengan ubah diri menjadi yang lebih baik. Teruskan…

Saudara-saudara kita yang syahid meninggal dunia di sana akan tanya di akhirat nanti, “What did you guys do while we we’re attacked and killed”? Nah! Nak jawab apa?

Comments (3) »

Qunut Nazilah

qunut-nazilah

Leave a comment »